mcmc
Sejarah

Sejarah

FELDA Gunung Bongsu (Jawiفيلدا ݢونوڠ بوڠسو) , atau FELDA Projek Gunung Bongsu merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di selatan negeri KedahMalaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Karangan. Ia terletak kira-kira 270 kilometer (167.8 bt) ke arah barat laut dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Gunung Bongsu ialah 09700 Kulim.[3]

FELDA Gunung Bongsu dinamakan bersempena dengan kedudukannya yang terletak di kaki Gunung Bongsu. Kawasan petempatan ini dibuka pada tahun 1985 dan menerima seramai 180 orang peneroka

FELDA Gunung Bongsu terletak di bahagian selatan negeri Kedah. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 300 ekar (121.4 he) yang meliputi dua peringkat.[4] FELDA Gunung Bongsu berjiran dengan beberapa petempatan lain termasuklah Kampung Sri Bongsu.[

 _______________________________________________________________________________________________________________________