Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Gunung Bongsu
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL / NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Objektif Penubuhan:
– Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
– Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
- Latihan keusahawanan
KENALI PETUGAS NADI FELDA GUNUNG BONGSU:
Untuk menjadi petugas NADI Gunung Bongsu, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI Gunung Bongsu . Tangungjawab dan amanah yang telah diberikan . Kenali kami
:
PENGURUS
Nama: MOHAMAD AMIN BIN HUSAIN
Mula berkhidmat: 1 NOVEMBER 2019
PENOLONG PENGURUS
![]()
Nama: MARLIYANA BINTI ABD GHANI
Mula berkhidmat: 15 AUGUST 2021