Kedah (Sebutan bahasa Melayu: [kəˈdɑh]),[3] atau rasminya dikenali Kedah Darul Aman (Jawi: قدح دار الأ) merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 dan ia terdiri daripada tanah besar dan pulau-pulau Langkawi. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi, sesuatu yang membuatnya terkenal sebagai “jelapang padi Malaysia”, manakala Langkawi adalah sebuah kepulauan yang kebanyakannya adalah pulau-pulau yang tidak berpenghuni. Felda Gunung Bongsu Terletak di Selatan Kedah Berdekatan dengan tempat Perkelahan Lata Sedim.
Ia adalah termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) KULIM.
Jumlah populasi penduduk Felda Gunung Bongsu dianggarkan seramai 975 orang.